Pantun
Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di
bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil
hati
Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil
dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan
setiap masa
Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga
senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi
semakin tunduk
Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu
mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi
Buah
pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak
difikir
Supaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah
pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak
diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah
tidak berdinding
Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya
banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau
silap awak yang bencana
Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru
pembekal ilmu
Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari
Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa
badan
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap
junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan
intan.
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di
sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang
mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan
membenci
Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh
semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang
mulia
Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala
barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah
menjadi senang
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali
rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati
budinya
Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan
diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri
Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak
kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa
berada
Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat
Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang
tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga
Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau
Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang
Orang haji
dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru
bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak
Pinang muda dibelah
dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah
Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa
Kapal kecil jangan dibelok
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
Kalau dipeluk patah tulangnya
Asal kapas menjadi benang
Dari
benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain
Tengahari pergi mengail
Dapat
seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri
sendiri
Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala
Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau
Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana
bahasa
Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari
nanti
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama
datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat
jangan dilupa
Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok
Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat
guru
Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan
santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman
No comments:
Post a Comment